dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 12

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2023 (Jumaat) – PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS untuk meneruskan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri ke 12 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3.

Kelas pembelajaran ini diadakan khusus untuk pelajar tabika yang berumur 5 dan 6 tahun melibatkan 32 orang pelajar yang terdiri daripada 19 pelajar perempuan dan 13 pelajar lelaki. Sepanjang kelas ini berlangsung, turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci berserta penerangan mengenai fungsi setiap bahagian tersebut. Ini bertujuan sebagai pendedahan awal kepada para pelajar sebelum menggunakannya. Pada sesi kali ini, setiap pelajar diminta untuk membuat latihan matematik - Math Bingo seperti operasi tambah dan tolak di laman web www.abcya.com. Bagi sesi kedua, pelajar diminta berkumpul di skrin utama bagi aktiviti seterusnya iaitu membaca dan setiap pelajar juga diminta untuk mengeja, membaca perkataan dan teks ringkas. Kelas diakhiti dengan tayangan video senaman A Ram Sam Sam sebagai aktiviti tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2023 Semua Hakcipta Terpelihara.