Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Putrajaya mempunyai banyak tempat rekreasi dan tumpuan pelancongan Antara nya :
Kolam Renang Awam Presint 9
Kolam renang ini terbuka kepada semua komuniti tanpa terhad dari presint 9 sahaja.
Putrajaya Sentral
Terdapat pusat sehenti untuk pengangkutan awam di Putrajaya dan ianya terletak di Presint 9. Kenderaan awam yang terdapat disini terdiri daripada teksi, ERL (Tren Aliran Ringan) dan juga bas-bas, di mana terdapat bas yang hanya di sediakan perkhidmatan dalam putrajaya sahaja dan juga bas-bas ekspress.
Medan Selera Presint 9
Medan Selera Presint 9 ini agak meriah diwaktu tengahari dan malam. Menjadi tumpuan penduduk sekitar dan juga pelancong dari luar Putrajaya. Berbagai-bagai masakan terdapat di sini. Antara yang popular ialah nasi ayam, laksa johor, nasi dagang Terengganu, dan berbagai-bagai masakan lauk kampong. Tidak ketinggalan juga masakan ala barat terdapat di sini.
Taman Saujana Hijau Presint 11
Tempat rekreasi dan riadah yang berkonsepkan taman dan menjadi tumpuan komuniti untuk beriadah ada di Taman Saujana Hijau Presint 11 ini.
Taman Wetland
Taman Wetland ini berkonsepkan sebuah taman yang terdapat haiwan-haiwan peliharaan untuk pengunjung mengenali cara habitat haiwan-haiwan tersebut.
Pusat Membeli Belah Alamanda
Menjadi tumpuan pelancong dan komuniti tempatan untuk menghabiskan masa bersama keluarga ataupun rakan taulan sambil membeli keperluan seharian.