Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Putrajaya mempunyai berbagai-bagai saluran sosioekonomi. Terdiri dari berbagai-bagai latar belakang sosioekonomi. Putrajaya mempunyai pelbagai saluran sosioekonomi yang terdiri daripada usahawan dan kakitangan kerajaan.
Taska Nur Ima
Taska Nur Ima ini telah ditubuhkan pada tahun 2010. Ianya terletak di Perumahan Penjawat Awam Apartmen Fasa 10. Taska ini diusahakan oleh Puan Sarimah Awang. Taska ini ditubuhkan untuk memudahkan ibu bapa yang berkhidmat sebagai penjawat awam untuk menghantar anak- anak mereka di taska yang berdekatan.
Tadika Lagenda Cemerlang
Tadika Lagenda Cemerlang ditubuhkan pada tahun 2011. Ianya terletak di Perumahan Penjawat Awam Apartmen Fasa 10. Taska ini diusahakan oleh Puan Sarimah Awang. Ianya ditubuhkan bagi memastikan kanak- kanak yang membesar di taska dapat meneruskan persekolahan di Tadika Lagenda Cemerlang.
Rezanable Enterprise
Rezanable Entreprise ini dimiliki oleh Bumiputera Melayu. Kedai ini menyediakan perkhidmatan percetakan pakaian dan cenderamata. Produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan sesuai di gunakan sebagai penggunaan harian. Kedai ini juga menyediakan perkhidmatan rekabentuk serta penghasilan cenderamata untuk majlis perkahwinan.
Kakitangan Kerajaan
Perumahan Penjawat Awam Apartmen Fasa 10 ini didiami oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya. Mereka berkhidmat di dalam pelbagai Jabatan / kementerian yang ada di Putrajaya.