Latihan Asas ICT – Mengenali Dunia Komputer
5 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 04 Februari 2024 (Ahad) - Seramai 10 orang ahli PEDi hadir untuk menyertai kelas latihan asas ICT yang disediakan khusus untuk pelajar sekolah rendah yang diadakan bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Kelas ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Bagi aktiviti pertama, petugas PEDi membuka tayangan video sejarah penciptaan komputer dan berkongsi maklumat mengenai komputer untuk memberi pendedahan kepada mereka. Kemudian peserta diminta untuk membuat pembentangan mengenai fungsi komputer dan kegunaannya kepada mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan melatih mereka untuk lebih berani berhadapan di khalayak ramai.
Bagi aktiviti kedua, latihan pencarian perkataan – perkakasan komputer menggunakan applikasi atas talian, Word Search. Peserta diminta untuk melengkapkan latihan dan setiap peserta dapat melihat jumlah masa yang telah digunakan untuk mencari kesemua perkataan tersebut. Bagi aktiviti terakhir, petugas PEDi menyediakan latihan kuiz kahoot bertemakan bahagian komputer untuk memguji pengetahuan peserta. Nama tiga orang peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: