dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Pemantapan STEM – Litar Elektrik

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2024 (Sabtu) - Seramai 5 orang pelajar lelaki hadir menyertai sesi latihan pemantapan STEM yang diadakan bertempat di bilik latihan. Pada sesi kali ini beberapa aktiviti dijalankan untuk menarik minat pelajar untuk menyertainya.

Pada permulaan sesi, petugas membuka tayangan video pembinaan litar elektrik menggunakan applikasi youtube dan memberi tunjuk ajar cara untuk menjayakan eksperimen ini. Pelajar diberikan beberapa bahan seperti wayar, bateri AA, mentol dan pemegang mentol. Mereka diminta untuk menggunakan bahan yang diberikan untuk membina litar elekrik ringkas.

Seterusnya, petugas meminta pelajar untuk membuat tugasan ringkas menggunakan applikasi word dimana perlu membuat kertas kerja pembinaan litar. Pelajar menggunakan kamera komputer untuk menangkap gambar ahli kumpulan dan projek yang berjaya dibina.

Aktiviti diakhiri dengan kuiz kahoot dan petugas memilih topik litar elektrik untuk menguji pemahaman pelajar mengenai topik tersebut dan sekaligus dapat menambah pengetahuan mereka .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.