dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Asas ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS

18 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2024 (Jumaat) – NADI Presint 9 Fasa 3 dan NADI Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan Latihan Asas ICT untuk Pelajar Tabika KEMAS kaktus 1,2 yang terdiri daripada 43 orang pelajar. Kelas bagi kumpulan pertama bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan seterusnya kumpulan kedua bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Diawal sesi kelas, pelajar didedahkan kepada komponen utama komputer berserta cara menggunakan dan fungsinya. Pelajar yang hadit diminta untuk membuat latihan pembelajaran secara atas talian menggunakan laman web – abcya.com yang mengandungi pelbagai permainan pelajaran sambil dibantu oleh petugas NADI. Melalui latihan seperti ini, dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan memberi pendedahan kepada epembelajaran yang interaktif. Pada kali ini peserta membuat latihan aktiviti - Alphabetical Order dan Alphabetical Bubbles. Diakhiri sesi, semua pelajar diminta untuk berkumpul skrin utama untuk melakukan aktiviti ke-2 : Senaman dan Nyanyian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.