Program Medical Outreach Initiative (REACH) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya :NADI Wellbeing
10 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2024, telah diadakan program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan di bawah inisiatif Medical Outreach Initiative (REACH) yang berlangsung dengan jayanya di NADI Presint 9 Fasa 3, Putrajaya. Program ini diadakan selama 7 jam, bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, dan bertujuan untuk menyediakan akses kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat setempat, khususnya bagi mereka yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa.
Semasa program ini diadakan NADI Putrajaya turut mengambil inisiatif dengan mendaftarkan para komuniti yang hadir menjadi ahli NADI serta memberi maklumat berkenaan program-program yang dianjurkan oleh NADI. Para komuniti yang hadir diberikan goodies secara percuma kepada pendaftar 100 orang yang terawal.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta yang hadir kemudian peserta perlu ke kaunter saringan kesihatan yang dilakukan oleh petugas MRIC Healthcare selepas itu peserta akan berjumpa Dr dan mendapatkan sesi kaunseling kesihatan agar peserta lebih terbuka minda untuk menjaga kesihatan kendiri.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasa masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan, menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan asas secara percuma, termasuk ujian tekanan darah, paras gula dalam darah, ujian kolesterol, dan penilaian indeks jisim badan (BMI). Selain itu, peserta juga mendapat nasihat dan kaunseling kesihatan daripada pasukan profesional perubatan, termasuk doktor, jururawat, dan pakar pemakanan.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, tetapi turut melibatkan petugas-petugas NADI dari Presint 16 , Presint 18 , Presint 9 fasa 10 dan Presint 9 fasa 3 serta profesional kesihatan yang menyumbang masa dan kepakaran mereka untuk menjayakan acara tersebut. Banyak maklumat kesihatan mengenai cara hidup sihat dan pencegahan penyakit juga dikongsi dengan peserta sepanjang program berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: