dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan NADI E-Sukan Musim Ketiga - Mobile Legends Bang Bang (Peringkat Negeri)

26 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 October 2025 (Sabtu) – Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang Peringkat Wilayah Persekutuan 2025 telah berlangsung dengan jayanya. NADI Presint 9 Fasa 10 telah diwakili oleh pasukan WYN Esport dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini merupakan Musim 3 yang melibatkan keseluruhan NADI Wilayah Persekutuan yang telah diuruskan oleh Maida Esport. Pasukan yang muncul sebagai juara pada peringkat ini akan mewakili Wilayah Persekutuan untuk bertanding di Peringkat Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada pasukan WYN Esport atas penyertaan dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Diharapkan pasukan ini akan terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang, sekali gus mengharumkan nama NADI Presint 9 Fasa 10 di peringkat yang lebih tinggi. Para peserta yang hadir juga berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan yang meliputi pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) dan tekanan darah

Selain itu, turut diadakan Kelas Kesedaran bagi Bulan Oktober yang merangkumi dua (2) modul utama iaitu:
Modul 1: Sains Sukan – Fizikal dan Pemulihan
Modul 2: Anti Doping dan Bahan Terlarang

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, pemulihan fizikal yang betul, dan bahaya penggunaan bahan terlarang dalam sukan. Diharapkan penganjuran kelas kesedaran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan komuniti yang lebih sihat, berdisiplin, dan berdaya saing dalam bidang sukan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.