dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kempen Internet Selamat - SMK Putrajaya Presint 5(1)

10 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

9 Julai 2025, Rabu – Pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Kelab Malaysiaku telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertemakan Keselamatan Dalam Talian dan Buli Siber yang telah diadakan di SMK Presint 5(1). Program ini menampilkan wakil dari NADI Putrajaya sebagai penceramah utama dan berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Seramai 69 orang pelajar serta 7 orang guru telah menghadiri program ini.

Turut hadir daripada wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang turut membantu menjayakan program ini. Pihak NADI Putrajaya juga mengambil peluang keemasan dengan membuka kaunter pendaftaran ahli NADI dan kaunter MyDigital ID kepada para guru yang ingin memperbaharui akaun MyDigital ID mereka.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Azri bin Zainal Abidin selaku wakil JAPEN yang turut berkongsi latar belakang dan perjalanan program Kempen Internet Selamat yang telah dilaksanakan sebelum ini. Seterusnya, majlis diteruskan oleh Puan Sarah dan Puan Hayati yang mewakili NADI Putrajaya selaku pengacara majlis yang memulakan sesi taklimat ringkas pendedahan berkaitan penggunaan internet selamat.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program termasuk aktiviti “Pecah Ruyung” di mana pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Mereka berpusing mengelilingi kerusi yang disusun dalam bulatan mengikut irama lagu, dan pelajar yang menduduki kerusi bertanda hot seat perlu menjawab soalan berkaitan pengetahuan asas penggunaan internet.

Seterusnya, para peserta mengambil bahagian dalam aktiviti “Fakta atau Auta” yang menguji pengetahuan mereka berkenaan keselamatan dalam talian melalui soalan yang perlu dijawab sama ada fakta atau auta. Program diteruskan dengan tayangan video kesedaran yang menyentuh isu seksual grooming dalam kalangan remaja akibat pendedahan melampau kepada internet. Tayangan ini disusuli dengan sesi maklum balas daripada pelajar mengenai mesej dan pengajaran yang diperoleh daripada video tersebut.

Dalam aktiviti penutup, para pelajar diberi tugasan berdasarkan kisah Cikgu Jiwa dan Sofia, di mana mereka diminta memberikan pendapat serta menjawab soalan berdasarkan situasi yang dipersembahkan. Aktiviti ini bertujuan mengasah pemikiran kritis serta membentuk kesedaran tentang peranan mereka dalam menjaga keselamatan diri di alam siber.

Sebagai simbolik penutupan program, penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh En. Azri kepada wakil daripada MCMC, NADI Putrajaya, serta guru-guru yang terlibat. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama sebagai tanda kenangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.