dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jiwa @ Komuniti Madani - Program Kemasyarakatan Komuniti Madani

20 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2025 (Sabtu) – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah menganjurkan Program Jiwa @ Komuniti MADANI - Program Kemasyarakatan Komuniti MADANI Putrajaya 5, Parlimen Putrajaya bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Presint 9 Fasa 3. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan dihadiri oleh seramai 23 orang usahawan dari Putrajaya. Program ini turut dibantu oleh petugas NADI Presint 9 Fasa 10, petugas NADI Presint 16 dan petugas NADI Presint 18.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta sebagai ahli NADI dan kemas kini MyDigital ID. Seterusnya, petugas NADI menjalankan saringan kesihatan ke atas semua peserta. Selepas pemeriksaan kesihatan, program diteruskan dengan Taklimat Kempen Keselamatan Internet yang disampaikan oleh Puan Haryati binti Sedali, Pengurus NADI Presint 18 Putrajaya. Kedua-dua aktiviti, saringan kesihatan dan kempen keselamatan internet ditawarkan secara percuma kepada komuniti yang berdaftar sebagai ahli NADI.

Pada jam 11.00 pagi, Encik Rohaizad Abd Fandi, Eksekutif Hasil Kanan 1 dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memulakan Taklimat e-Invois. Program kemudian diteruskan dengan sesi amali e-Invois dan sesi soal jawab bersama peserta. Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar bersama wakil dari JAPEN, NADI serta para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.