Webinar Berita Palsu – Ancaman Berita Palsu kepada Masyarakat
21 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2025 (Ahad) – Satu program kesedaran di bawah inisiatif Awareness yang bertajuk Ancaman Berita Palsu kepada Masyarakat telah dilaksanakan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan berapa besar ancaman berita palsu kepada sosial masyarakat.
Butiran program :
Tarikh : 20 Julai 2025
Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang
Peserta : Pelajar sekolah rendah dan menengah
Program dimulakan dengan sesi tayangan video yang memberi gambaran jelas tentang kesan dan implikasi penyebaran berita palsu. Seterusnya, petugas NADI telah mengendalikan sesi soal jawab bagi menilai tahap kefahaman serta mendapatkan pandangan para peserta mengenai isu ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: