Program Kempen Internet Selamat - SK Putrajaya Presint 9 (2)
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025 (Rabu) - Program Kempen Internet Selamat (KIS) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), khusus bagi Modul Murid Sekolah Rendah. Penyertaan melibatkan pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 yang juga merupakan pengawas sekolah.
Pelaksanaan program ini bertujuan :-
- Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai internet dan pelbagai fungsi aplikasi internet
- Memberi penjelasan tentang had umur 13 tahun bagi penggunaan platform media sosial
- Meningkatkan kesedaran terhadap risiko, megenal pasti jenis bahaya dan ancaman dalam talian
- Membantu pelajar mengenal pasti aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan umur mereka
Pelajar telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan perlu melengkapkan lima modul pembelajaran beserta tugasan di setiap stesen yang telah ditetapkan. Fasilitator yang terdiri daripada petugas NADI memberikan penerangan di setiap stesen dan para pelajar perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Setelah selesai, ketua kumpulan perlu mendapatkan pelekat KIS untuk ditampalkan di Pasport KIS sebagai bukti penyertaan dan penyelesaian modul.
Program diakhiri dengan pelantikan Ikon K-DAT kepada guru dan pelajar terpilih, yang telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah MCMC, Encik Mohamad Shazuan Azamy. Majlis turut disusuli dengan penyampaian sijil dan plak kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: