Program Kempen Internet Selamat - SK Putrajaya Presint 8(3)
11 September 2025 | Aktiviti Terkini10 September 2025 (Rabu) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya telah menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama para pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3). Seramai 55 orang pelajar Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) telah mengambil bahagian dalam program ini dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Program ini berlangsung di SK Putrajaya Presint 11(2), yang kini merupakan sementara bagi SK Putrajaya Presint 8(3)
Program dimulakan dengan sesi pengenalan tentang NADI dan peranannya, yang disampaikan oleh Pengurus NADI Presint 18, Puan Haryati. Para pelajar turut diberi penerangan mengenai Kempen Internet Selamat. Seterusnya, mereka menyanyikan lagu rasmi Kempen Internet Selamat dan menyertai aktiviti "Tepuk-Tepuk Selamat" sebagai pembuka semangat
Program diteruskan dengan aktiviti berkumpulan, di mana para pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menjalani modul bersama fasilitator di setiap stesen. Setiap kumpulan menerima sekeping kad ‘Pasport Internet Selamat’ dan perlu melengkapkan aktiviti di lima stesen yang disediakan. Antara topik modul yang diketengahkan termasuklah Buli Siber, Penyantunan Dalam Talian, Penipuan (Scam), Maklumat Palsu, dan pelbagai lagi isu berkaitan keselamatan internet
Selepas tamat aktiviti berkumpulan, program diteruskan dengan penyampaian IKON KDAT Guru dan pelajar yang terpilih. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar dan guru, yang berlangsung pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: