NADI x Kesedaran – Webinar Safe Shield
23 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2025 (Ahad) – Pelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir ke NADI Presint 9 Fasa 10 mengikuti Webinar Kempen Internet Selamat. Program ini merupakan satu program kesedaran di bawah inisiatif Awareness.
Bagi pelajar sekolah rendah, webinar berkaitan Malicious Website - Awas, Laman Web Penipu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan berkenaan Malicious Website serta bagaimana ia berfungsi.
Bagi pelajar sekolah menengah, webinar berkaitan Malware - Jaga Komputer, Jauhi Malware. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan Malware dan mengetahui bagaimana ia dapat memberi kesan kepada sistem keselamatan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: