Reruai NADI Putrajaya di Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ke-10
2 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniReruai NADI menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penjawat awam di Putrajaya sempena Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ke-10. Melalui penyertaan dalam program tersebut, NADI membuka reruai pameran bagi memperkenalkan Perkhidmatan Pintar NADI kepada para pengunjung
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah saringan kesihatan asas merangkumi pengukuran BMI, tekanan darah, paras gula dalam darah dan kolesterol. Selain itu, saringan kesihatan digital melalui AirDoc yang membolehkan pengunjung mendapatkan gambaran awal mengenai status kesihatan mereka secara mudah, cepat dan percuma. Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendaftar sebagai ahli NADI serta mendapatkan maklumat mengenai pelbagai kelas dan program yang ditawarkan di pusat-pusat NADI
Reruai NADI juga berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sempena sesi perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ke-10.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: